ULANGAN 7:7-9
ULANGAN 7:7-9 BM
TUHAN mengasihi kamu, dan memilih kamu bukan kerana bilangan kamu lebih besar daripada bangsa-bangsa lain; sebenarnya kamu bangsa yang terkecil di bumi. Tetapi TUHAN mengasihi kamu, dan Dia hendak memenuhi janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu. Itulah sebabnya Dia menyelamatkan kamu dengan kuasa-Nya yang besar, dan membebaskan kamu daripada diperhambakan oleh raja Mesir. Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya