Tiap-tiap tahun, kamu harus memberikan persepuluhan hasil tanaman kamu kepada TUHAN. Tetapi pada setiap tahun yang ketiga, berikanlah persepuluhan hasil tanaman kamu kepada orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu, supaya di tiap-tiap kota kamu, mereka mendapat makanan yang diperlukan. Setelah kamu berbuat demikian, berkatalah kepada TUHAN, ‘Tidak sedikit pun persepuluhan yang harus dipersembahkan kepada-Mu tertinggal di rumahku. Aku sudah memberikan semuanya kepada orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu, sebagaimana Engkau perintahkan aku. Aku tidak membantah atau melupakan apa pun yang Engkau perintahkan tentang persembahan persepuluhan. Aku tidak makan sedikit pun daripada persepuluhan itu semasa aku berkabung. Aku tidak membawanya keluar dari rumah ketika aku najis. Aku tidak memberikannya sebagai persembahan bagi orang mati. Aku sudah menurut perintah-Mu, ya TUHAN. Aku sudah melakukan segala yang Engkau perintahkan tentang persembahan persepuluhan. Pandanglah ke bawah dari tempat-Mu yang suci di syurga dan berkatilah umat-Mu Israel; berkatilah juga tanah yang kaya dan subur ini, yang sudah Engkau berikan menurut janji-Mu kepada nenek moyang kami.’ ”
Kongsi
Baca ULANGAN 26
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video