“Pada akhir setiap tahun ketujuh, hapuskanlah hutang orang yang berhutang wang kepada kamu. Beginilah caranya: Setiap orang Israel yang sudah meminjamkan wang kepada sesama orang Israel, mesti menghapuskan hutang itu. Dia tidak boleh menagih hutang itu, kerana menurut keputusan TUHAN sendiri, hutang itu sudah dihapuskan. Kamu boleh menagih wang yang dipinjam oleh orang asing, tetapi kamu tidak boleh menagih wang yang dipinjam oleh sesama bangsa kamu. TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu. Tidak seorang pun daripada bangsa kamu akan menjadi miskin, jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan dengan teliti melaksanakan segala perkara yang aku perintahkan kepada kamu hari ini. TUHAN akan memberkati kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Kamu akan meminjamkan wang kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak akan meminjam daripada sesiapa pun. Kamu akan menguasai banyak bangsa, tetapi tiada satu bangsa pun akan menguasai kamu. Jika ada seorang Israel yang memerlukan pertolongan di salah sebuah kota di tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, jangan pentingkan diri sendiri, dan jangan kamu enggan memberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya, kamu harus bermurah hati dan memberi pinjam kepada orang itu seberapa banyak yang diperlukannya.
Kongsi
Baca ULANGAN 15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video