ULANGAN 11:19-21

ULANGAN 11:19-21 BM

Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja. Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu gerbang kamu. Jika kamu berbuat demikian, kamu dan anak-anak kamu akan hidup lama di tanah yang dijanjikan TUHAN, Allah kamu kepada nenek moyang kamu. Kamu akan tinggal di sana selama ada langit di atas bumi.