ULANGAN 10:17-19

ULANGAN 10:17-19 BM

TUHAN, Allah kamu itu berkuasa atas semua tuhan lain dan semua kekuasaan. Dia agung dan berkuasa, dan Dia harus ditaati. Dia tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah. Dia memastikan agar anak yatim piatu dan balu diperlakukan dengan adil. Dia mengasihi orang asing yang tinggal bersama dengan bangsa kita; Dia memberi mereka makanan dan pakaian. Oleh itu, kamu harus mengasihi orang asing tersebut kerana kamu sendiri pernah menjadi orang asing di Mesir.