DANIEL 6:25-28
DANIEL 6:25-28 BM
Selepas itu raja memberikan perintah agar semua orang yang telah menuduh Daniel, dibuang ke dalam gua singa itu berserta anak isteri mereka. Sebelum mereka jatuh ke dasar gua itu, singa-singa itu sudah pun menerkam mereka dan mematah-matahkan tulang mereka. Kemudian Raja Darius menulis surat kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di dunia: “Salam sejahtera! Dengan ini beta memberikan perintah agar semua orang di seluruh kerajaan beta menghormati serta takut kepada Allah yang disembah Daniel. Dialah Allah yang hidup, Dia memerintah selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak sekali-kali akan binasa, dan kuasa-Nya tidak akan ada akhirnya. Dia menolong dan menyelamatkan; melakukan mukjizat dan keajaiban, baik di bumi mahupun di syurga. Dia menyelamatkan Daniel daripada terkaman singa.”