KOLOSE 3:18-21
KOLOSE 3:18-21 BM
Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian. Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka. Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah. Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.