Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup? Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.” Pada masa itu ada seorang hamba keluarga Raja Saul yang bernama Ziba. Dia disuruh menghadap Raja Daud. Raja Daud bertanya kepadanya, “Engkaukah Ziba?” “Benar, tuanku,” jawabnya. Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup, supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?” Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan. Dia tempang.” Raja Daud bertanya, “Di mana dia?” Ziba menjawab, “Di Lodebar, di rumah Makhir anak Amiel.” Oleh itu Raja Daud menyuruh orang memanggil anak Yonatan itu. Ketika Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul itu tiba, dia sujud untuk menghormati Raja Daud. Raja Daud menyambutnya, dan bertitah, “Mefiboset,” lalu dia menjawab, “Ya, tuanku.” Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”
Baca 2 SAMUEL 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 SAMUEL 9:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video