2 SAMUEL 23:1-7

2 SAMUEL 23:1-7 BM

Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir: Roh TUHAN berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku. Allah Israel sudah berfirman; pelindung Israel berfirman kepadaku, “Raja yang memerintah dengan adil, yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah, raja itu seperti sinar fajar merekah pada awal pagi ketika langit cerah. Dia seperti sinar matahari selepas hujan, yang membuat rumput hijau indah berkilauan.” Demikianlah Allah akan memberkati keturunanku, kerana Dia telah membuat perjanjian yang kekal dengan aku, perjanjian yang tidak akan dibatalkan, janji yang tidak akan diubah. Itulah sahaja hasrat hatiku; itulah yang akan menjadi kemenanganku, dan Allah pasti akan menepatinya. Tetapi orang yang tidak mentaati Allah seperti duri yang dicampakkan. Tangan orang tidak dapat memegangnya; tiada seorang pun mahu menyentuhnya tanpa menggunakan batang besi, atau tombak. Orang seperti itu akan dibakar habis.