2 RAJA-RAJA 15:27-28

2 RAJA-RAJA 15:27-28 BM

Pada tahun kelima puluh dua pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Pekah anak Remalya menjadi raja di Israel. Raja Pekah memerintah di Samaria selama dua puluh tahun. Raja Pekah berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan jahat Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa.