2 KORINTUS 12:7-9
2 KORINTUS 12:7-9 BM
Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong. Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu. Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.