Tetapi berwaspadalah! Janganlah biarkan kebebasan kamu untuk melakukan apa sahaja, menyebabkan orang yang tidak yakin akan kepercayaan mereka, berdosa. Andaikata seseorang yang keyakinannya tidak teguh melihat kamu yang dikatakan ‘berpengetahuan’ makan di kuil berhala, bukankah hal itu akan mendorong dia makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala? Dengan demikian ‘pengetahuan’ kamu itu menyebabkan saudara kamu binasa, kerana keyakinannya tidak teguh. Padahal Kristus mati bagi dia juga. Oleh itu kamu berdosa terhadap Kristus, kerana kamu berdosa terhadap saudara-saudara Kristian dan melukai keyakinan mereka yang tidak teguh itu. Oleh itu, jika makanan menyebabkan saudaraku berdosa, aku tidak akan makan daging lagi. Dengan demikian aku tidak akan menyebabkan saudaraku berdosa.
Baca 1 KORINTUS 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 KORINTUS 8:9-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video