1 TAWARIKH 16:23-34

1 TAWARIKH 16:23-34 BM

Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi! Pada setiap hari siarkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa, dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia. TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya; Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala, tetapi TUHAN mencipta angkasa raya. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia, tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN! Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya. Pujilah nama TUHAN yang mulia; bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya. Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul; gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang. Bersukacitalah, hai bumi dan langit! Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja. Berderulah, hai laut, dan segala isimu! Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu! Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan, apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.