Kidung Agung oleh Raja Salomo. Semoga diciumnya aku dengan kecupan bibirnya! Kerana cumbuanmu lebih nikmat daripada air anggur. Harum urapan minyak wangimu menggembirakan, dan namamu bak curahan minyak wangi, lantas betapa engkau dipuja para perawan! Rengkuhlah aku di belakangmu! Ayuh kita bergegas! Aku sudah dibawa sang raja ke dalam biliknya. Meriahlah kami beriang ria kerana engkau, kami akan menyanjung cintamu lebih daripada air anggur. Patutlah mereka cinta kepadamu! Memang aku hitam, tetapi elok, wahai para puteri Yerusalem, biarpun hitam bak khemah-khemah Kedar, namun elok seperti tirai istana Salomo! Usah tenung aku kerana aku hitam, kerana panasnya suria menggelapkan wajahku. Anak-anak ibuku yang marah kepadaku, menjadikan aku penjaga kebun anggur; hinggakan kebun anggurku sendiri tidak kujaga.
Baca Kidung Agung 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kidung Agung 1:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video