Rut 3:1-9

Rut 3:1-9 AVB

Lalu berkatalah Naomi kepada menantunya, “Bagaimana jika aku mendapatkan tempat bernaung untuk kamu, ya anakku, agar kamu berbahagia? Bukankah Boas, saudara kita dan kamu pula bersama-sama para pekerjanya? Lihatlah nanti, pada malam ini dia akan menampi barli di tempat pembantingan. Jadi, mandi dan berlangirlah dan kenakanlah pakaian terbaikmu dan pergilah ke tempat pembantingan itu. Tetapi usah biar dia tahu bahawa kamu di situ selagi dia belum selesai makan dan minum. Maka hendaklah kamu perhatikan di mana dia membaringkan diri untuk tidur. Kemudian pergilah dan singkapkan selimut daripada kakinya dan berbaringlah kamu di sana. Dia akan memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.” Jawab Rut kepadanya, “Aku akan ikut segala yang ibu suruh aku lakukan.” Sesudah itu pergilah dia ke tempat pembantingan. Dia pun melakukan tepat seperti yang disuruh oleh mertuanya. Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah dia membaringkan diri untuk tidur pada hujung timbunan barli itu. Kemudian secara diam-diam, datanglah perempuan itu lalu disingkapkannya selimut dari kaki Boas dan berbaringlah dia di situ. Sewaktu tengah malam, terkejutlah lelaki itu, lalu apabila dia membalikkan badan ke hadapan, ternyata seorang perempuan berbaring di sisi kakinya. “Siapakah engkau ini?” tanya Boas. Lalu dijawab, “Saya Rut, hamba tuan. Semoga tuan sudi kembangkan sayap demi menaungi hambamu ini, kerana tuan kerabat kami yang terdekat.”

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami