Roma 6:19-20
Roma 6:19-20 AVB
Aku menyampaikan perkara ini melalui istilah kehidupan manusia kerana kamu lemah dalam diri tabiimu. Sebagaimana dahulu kamu telah mempersembahkan bahagian-bahagian tubuhmu sebagai hamba kepada kekejian dan kedurjanaan yang sentiasa meningkat, maka sekarang kamu hendaklah mempersembahkan dirimu sebagai hamba kepada perbenaran yang membawa kepada penyucian. Sewaktu kamu diperhamba dosa dahulu, kamu tidaklah dikuasai oleh kawalan perbenaran.

