Roma 16:1-14
Roma 16:1-14 AVB
Aku amanahkan kepadamu Febe, saudari kita, seorang yang mengabdikan diri kepada jemaah di Kengkrea, supaya kamu menyambutnya dalam Tuhan sebagaimana yang wajar di antara orang salih, serta membantunya apabila dia memerlukan pertolonganmu, kerana dia telah menolong ramai orang, termasuklah aku. Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, rakan-rakan seperjuanganku dalam Kristus Yesus. Mereka telah bergadai nyawa untukku. Bukan aku sahaja yang terhutang budi kepada mereka, malah seluruh jemaah daripada bangsa-bangsa lain. Salam kepada jemaah yang berhimpun di rumah mereka. Salam kepada Epenetus, saudara yang kukasihi, orang yang pertama beriman kepada Kristus di Asia. Salam kepada Maria, yang telah bertungkus-lumus untukmu. Salam kepada Andronikus dan Yunias, saudara-saudara sebangsaku dan teman-temanku di dalam penjara. Mereka ialah orang terkemuka di antara para rasul, dan yang telah menerima Kristus sebelumku. Salam kepada Ampliatus yang kukasihi dalam Tuhan. Salam kepada Urbanus, rakan seperjuangan kamu dalam Kristus, dan juga kepada Stakhis yang kukasihi. Salam kepada Apeles, yang diperkenan dalam Kristus. Salam kepada Aristobulus dan seisi rumahnya. Salam kepada Herodion, saudara sebangsaku. Salam kepada Narkisus sekeluarga, yang hidup dalam Tuhan. Sampaikan salamku kepada Trifena dan Trifosa, yang telah berpenat lelah dalam Tuhan. Salam kepada Persis yang kukasihi, yang juga telah bertungkus-lumus dalam Tuhan. Salam kepada Rufus, hamba yang terpilih dalam Tuhan, dan kepada ibunya, yang telah menjadi ibu juga kepadaku. Salam kepada Asinkritus, Flegon, Hermes, Patrobas, Hermas dan saudara-saudara yang bersama mereka.

