Roma 15:8-12

Roma 15:8-12 AVB

Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Yesus Kristus telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita, dan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: “Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa lain, menyanyikan pujian bagi nama-Mu.” Seterusnya dikatakan lagi: “Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!” Kemudian, “Pujilah Tuhan, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!” Yesaya menyampaikan juga: “Tunas Isai akan muncul; Dialah yang bangkit memerintah bangsa-bangsa, kepada-Nyalah bangsa-bangsa akan menaruh harapan.”