Mazmur 69:13-18
Mazmur 69:13-18 AVB
Tetapi aku tetap berdoa kepada-Mu, ya TUHAN, pada masa yang Kauredai; Ya Allah, dengan limpah kasih-Mu, dengarlah rayuanku demi kebenaran penyelamatan-Mu. Selamatkanlah aku daripada perangkap lumpur, jangan biarkan aku tenggelam; selamatkan aku daripada mereka yang membenciku, dan daripada air yang dalam. Jangan biarkan ombak melemaskan aku jangan biarkan aku terbenam ke dasar laut atau lubang kubur menelanku. Dengarlah rayuanku, ya TUHAN, kerana kasih-Mu sungguh besar; berpalinglah kepadaku demi limpah belas kasihan-Mu. Jangan sembunyikan wajah-Mu daripada hamba-Mu; kerana aku dalam kesusahan, segeralah kabulkan doaku. Dekatilah aku, selamatkan aku; lepaskan aku daripada musuhku.


