Dengan firman TUHAN langit telah dicipta, dan seluruh cakerawala dengan perintah-Nya. Dia menghimpunkan air segala lautan; Dia menyimpan khazanah lautan dalam perbendaharaan. Takutilah TUHAN, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia. Kerana Dia berfirman, lalu segalanya terjadi; Dia memberikan perintah, lalu segalanya teguh.
Baca Mazmur 33
Kongsi
Diberkatilah bangsa yang Allah mereka ialah TUHAN, mereka yang telah dipilih sebagai milik-Nya. TUHAN memandang dari syurga Dia melihat semua anak manusia; dari tempat bersemayam-Nya Dia memandang semua penghuni bumi — Dia membentuk hati setiap orang, Dia mempertimbangkan seluruh perbuatan mereka. Tiada raja yang diselamatkan oleh tentera yang besar; orang gagah perkasa tidak dapat diselamatkan oleh kekuatan yang hebat. Kuda yang diharapkan untuk menyelamatkan pasti mengecewakan; kekuatannya yang hebat tidak akan menyelamatkan sesiapa. Lihatlah, TUHAN menumpukan perhatian kepada mereka yang takut kepada-Nya, kepada mereka yang berharapkan kasih setia-Nya, untuk menyelamatkan mereka daripada maut, dan membolehkan mereka hidup ketika berlaku kebuluran. Jiwa kita berharap akan TUHAN; Dialah penolong dan perisai kita. Hati kita akan bergembira kerana Dia, sebab kita percaya akan nama-Nya yang suci. Limpahi kami dengan kasih setia-Mu, ya TUHAN, sebagaimana kami berharap kepada-Mu.
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 33:6-9, 12-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video