Bergembiralah tentang TUHAN, wahai orang yang benar; kerana pujian daripada orang tulus sungguh indah. Pujilah TUHAN dengan bermain kecapi; mainkan lagu untuk-Nya dengan alat bertali sepuluh. Nyanyikan lagu baru untuk-Nya; mainkan dengan mahir sekali sambil bersorak ria. Kerana firman TUHAN itu benar; dan semua kerja-Nya dilakukan dengan kesetiaan. TUHAN mencintai perbenaran dan keadilan; bumi ini dipenuhi kasih setia-Nya. Dengan firman TUHAN langit telah dicipta, dan seluruh cakerawala dengan perintah-Nya. Dia menghimpunkan air segala lautan; Dia menyimpan khazanah lautan dalam perbendaharaan. Takutilah TUHAN, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia. Kerana Dia berfirman, lalu segalanya terjadi; Dia memberikan perintah, lalu segalanya teguh. TUHAN mematahkan rancangan bangsa-bangsa; Dia menjadikan niat mereka sia-sia. Rancangan TUHAN bertapak selama-lamanya, niat hati-Nya bagi manusia zaman-berzaman.
Baca Mazmur 33
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 33:1-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video