Tanpa hidayah, rakyat tidak terkendali, tetapi berbahagialah orang yang berpegang teguh pada Hukum Taurat. Seorang hamba tidak dapat diajar dengan kata-kata sahaja, kerana sekalipun dia mengerti, dia tidak mengendahkannya. Adakah engkau memperhatikan orang yang bercakap dengan terburu-buru? Orang yang bodoh ada lebih banyak harapan daripada dia. Hamba yang dimanjakan sejak kecil pada akhirnya tidak tahu berterima kasih. Orang yang pemarah membangkitkan pertengkaran, dan orang yang panas baran banyak pelanggarannya. Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan. Sesiapa bersekutu dengan pencuri, membenci jiwanya sendiri; dia mendengar sumpah, tetapi tidak mahu menyatakan apa-apa. Rasa takut terhadap manusia mendatangkan jerat, tetapi sesiapa percaya kepada TUHAN akan terselamat. Ramai orang mencari muka pada penguasa, tetapi orang mendapat keadilan daripada TUHAN. Orang yang tidak adil adalah kekejian bagi orang benar, dan orang yang lurus jalannya dipandang keji oleh orang durjana.
Baca Amsal 29
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 29:18-27
31 Days
Dave Ramsey is America’s trusted voice on money and business. Following his own bankruptcy at age 30, Dave set out to learn God’s ways of handling money. Dave now devotes himself to teaching others how to take control of their money so they can live and give like never before. Over the next 31 days, Dave will guide you through what the Bible has to say about money and wealth and how to live and leave a legacy for generations to come.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video