Amsal 2:12-22
Amsal 2:12-22 AVB
untuk melepaskan kamu daripada cengkaman kejahatan dan daripada orang yang mengucapkan tipu muslihat, yang meninggalkan jalan-jalan lurus untuk meredah lorong-lorong gelap, yang suka berbuat kejahatan, yang gembira kerana tipu muslihat yang jahat, yang sesat jalan-jalannya serta bengkang-bengkok perilakunya. Engkau pun akan terlepas daripada perempuan lucah, daripada perempuan penzina dengan pujuk rayunya, yang meninggalkan teman hidup masa mudanya serta melupakan perjanjian dengan Allahnya. Sesungguhnya, di liang mautlah rumahnya tergenang, dan jalannya menuju dunia orang mati. Semua orang yang datang kepadanya tidak akan kembali, dan tidak menemukan jalan hidup. Dengan demikian engkau dapat menempuh jalan orang baik-baik, dan tetap berada di jalan orang benar, kerana orang yang tulus hati akan mendiami bumi, dan orang yang ikhlas akan tetap tinggal di situ; tetapi orang durjana akan dilenyapkan daripada bumi, dan para pengkhianat akan direnggut dari situ.


