Neraca yang palsu adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi batu timbangan yang tepat adalah keredaan-Nya. Ketika keangkuhan datang, aib pun menyusul, tetapi dengan kerendahan hati datangnya hikmah. Orang yang ikhlas akan dipimpin oleh ketulusannya, tetapi orang yang khianat dibinasakan oleh kecurangannya. Pada hari kemurkaan, harta tidak berguna, tetapi perbenaran melepaskan orang daripada maut. Jalan orang yang tidak bercela diluruskan oleh perbenarannya, tetapi orang yang durjana jatuh oleh kedurjanaannya sendiri. Orang yang tulus hati diselamatkan oleh perbenarannya, tetapi orang yang khianat terjebak oleh kerakusannya sendiri. Ketika orang durjana mati, harapannya lenyap, dan segala kekayaan yang diharapkan hancur juga. Orang benar dilepaskan daripada kesesakan, yang lantas menimpa orang durjana. Dengan mulutnya, orang yang munafik membinasakan jirannya, tetapi dengan pengetahuan orang benar terselamat. Jika orang benar beruntung, seluruh kota bergembira, dan jika orang durjana binasa, orang bersorak-sorai. Kota dimuliakan kerana keberkatan orang yang lurus hati, tetapi diruntuhkan kerana mulut orang durjana.
Baca Amsal 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 11:1-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video