Kamu mengetepikan perintah Allah untuk menurut adat istiadat manusia.” Yesus berkata lagi: “Kamu sungguh pandai menyingkirkan perintah Allah untuk menegakkan adat istiadatmu sendiri! Musa menyampaikan perintah ini, ‘Hormatilah ibu bapamu’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa sendiri mesti dihukum mati.’ Tetapi kamu mengajar: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang harus kugunakan untuk membantu ayah dan ibu, sudah kujadikan korban’ (iaitu telah dipersembahkan kepada Allah), maka orang itu tidak perlu menolong ibu bapa. Jadi, adat istiadat yang kamu sampaikan membatalkan firman Allah. Banyak lagi perkara sedemikian yang kamu lakukan.”
Baca Markus 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 7:8-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video