Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Markus 11:12-20

Markus 11:12-20 AVB

Esoknya, setelah mereka keluar dari Betania, Yesus berasa lapar. Dari jauh Dia melihat sebatang pokok ara yang berdaun. Dia mendekatinya untuk melihat kiranya pokok itu berbuah. Tetapi Dia mendapati daun sahaja di pokok itu, kerana pada masa itu bukan musim buah ara. Oleh itu Yesus berkata kepada pokok itu, “Tiada siapa akan makan buahmu lagi selama-lamanya.” Para murid-Nya mendengar kata-kata itu. Apabila sampai di Yerusalem, Yesus masuk ke Bait Suci dan mengusir orang yang berjual beli di dalam Bait Suci. Dia menterbalikkan meja pengurup wang dan tempat duduk penjual burung merpati. Dia tidak membenarkan siapa pun mengangkat barangan melalui Bait Suci. Kemudian Dia mengajar mereka, kata-Nya, “Tidakkah tersurat: ‘Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa bagi semua bangsa’? Tetapi kamu telah menjadikannya ‘sarang pencuri.’ ” Ahli-ahli Taurat dan ketua-ketua imam mendengarnya lalu mencari jalan hendak membinasakan Yesus, kerana mereka takut kepada-Nya, memandangkan semua orang mengagumi ajaran-Nya. Setelah lewat petang, Yesus keluar dari kota itu. Pada pagi esoknya, ketika mereka lalu di situ, mereka melihat pokok ara itu telah layu kering daripada akarnya.

Baca Markus 11

Muat turun Apl Bible SekarangBible AppMuat Turun Apl Alkitab untuk Kanak-kanakBible App for Kids

Bandingkan Semua Versi: Markus 11:12-20

Video untuk Markus 11:12-20

video-thumbnails

Markus 11:1-26

waves

Dapatkan Apl Bible YouVersion

Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!

Muat turun AplMuat turun Apl
Muat turun Apl
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video