“Kerajaan syurga ibarat sepuluh orang anak dara yang membawa lampu dan berjalan keluar untuk menyambut pengantin lelaki. Lima orang daripada mereka itu bijak manakala yang lima lagi kurang berakal. Yang kurang berakal membawa lampu sahaja tanpa bekalan minyak. Yang bijak membawa lampu bersama bekas berisi minyak. Apabila pengantin lelaki lewat tiba, mereka semuanya mengantuk lalu tertidur. Pada waktu tengah malam terdengar seruan, ‘Pengantin lelaki sudah dekat; pergilah menyambutnya!’ Kesemua anak dara itu pun membetul-betulkan lampu mereka. Yang kurang berakal berkata kepada yang bijak, ‘Berilah kami minyakmu itu sedikit, kerana lampu kami hampir padam.’ Tetapi yang bijak menjawab, ‘Kami tidak dapat memberimu, nanti tidak cukup minyak ini; pergilah beli minyak daripada penjual.’ Sementara yang kurang berakal pergi membeli minyak, pengantin lelaki pun sampai. Semua mereka yang sudah sedia terus mengiringinya ke majlis perkahwinan, maka pintu pun ditutup. Kemudian barulah anak dara yang berlima lagi itu tiba lalu berseru, ‘Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!’ Tetapi pengantin lelaki berkata, ‘Sesungguhnya, aku tidak mengenalmu.’ ” “Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu hari dan waktunya.”
Baca Matius 25
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 25:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video