Matius 21:14-17
Matius 21:14-17 AVB
Selepas itu, orang yang buta dan yang tempang datang mendapatkan Yesus di Bait Suci, lalu Dia menyembuhkan mereka. Tetapi apabila ketua imam dan ahli Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam Bait Suci, “Hosana bagi Anak Daud!” mereka berasa marah. Mereka berkata kepada Yesus, “Kamu dengarkah apa yang dikatakan mereka?” Yesus menjawab, “Ya, belum pernahkah kamu baca, ‘Daripada mulut kanak-kanak dan bayi yang masih menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.’ ” Kemudian Dia meninggalkan mereka dan keluar dari kota itu lalu pergi ke Betania. Dia menginap di situ.


