Matius 15:32-38
Matius 15:32-38 AVB
Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata, “Aku berbelas kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-Ku; sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kalau-kalau pengsan nanti di tengah jalan.” Para murid-Nya berkata, “Di manakah dapat kami cari roti yang cukup untuk orang seramai itu sedangkan kawasan ini terpencil?” Yesus bertanya, “Berapa banyakkah roti yang ada padamu?” “Tujuh buku,” jawab mereka, “dan beberapa ekor ikan kecil.” Yesus menyuruh orang ramai itu duduk di atas tanah. Dia mengambil tujuh buku roti dan ikan itu, mengucap syukur kepada Allah lalu memecah-mecahkannya dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Kesemua orang pun makan sehingga kenyang. Sisa lebihan makanan yang dikumpulkan sebanyak tujuh bakul penuh. Jumlah yang makan empat ribu orang lelaki; belum dikira wanita dan kanak-kanak.

