Hendaklah kamu menghitung tujuh minggu genap dari hari sesudah hari Sabat itu, iaitu pada hari kamu membawa berkas persembahan unjukan. Sesudah tiba pada hari Sabat yang ketujuh, hitunglah lima puluh hari lagi, kemudian persembahkanlah persembahan bahan makanan yang baru untuk memuliakan TUHAN. Dari tempat-tempat tinggalmu bawalah dua buku roti persembahan unjukan yang dibuat daripada dua persepuluh efa tepung terbaik dan yang dibakar dengan ragi, sebagai roti hasil pertama untuk dipersembahkan kepada TUHAN. Bersama-sama roti itu, persembahkanlah tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercacat cela, seekor lembu jantan muda, dan dua ekor domba jantan. Hendaklah kesemuanya menjadi korban bakaran yang dipersembahkan kepada TUHAN, bersama-sama persembahan bahan makanan dan persembahan minumannya — menjadi korban yang dibakar, yang keharumannya diredai TUHAN. Persembahkan juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa dan dua ekor domba berumur setahun sebagai korban kedamaian. Hendaklah imam mengunjukkan kedua-dua ekor domba itu sebagai persembahan unjukan untuk TUHAN, bersama-sama roti hasil pertama tadi. Itulah persembahan suci yang dipersembahkan kepada TUHAN, yang menjadi bahagian imam. Pada hari itu juga hendaklah kamu menguar-uarkan dan mengadakan perhimpunan jemaah yang suci. Jangan lakukan sebarang pekerjaan biasa. Itu ialah ketetapan yang berkuat kuasa secara berkekalan untuk kamu turun-temurun di mana-mana pun tempat tinggalmu. Apabila kamu menuai hasil tanahmu, jangan kamu tuai habis licin ladangmu sampai ke pinggir-pinggirnya, dan jangan kamu pungut apa-apa yang tertinggal daripada penuaianmu. Tinggalkanlah semua itu untuk para fakir miskin dan pendatang. Akulah TUHAN, Allahmu.’ ”
Baca Imamat 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Imamat 23:15-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video