Bangkitlah berdiri di hadapan orang yang sudah beruban, hormatilah orang yang sudah tua, dan takutlah kepada Allahmu. Akulah TUHAN. Jika seorang warga asing tinggal dalam kalangan kamu di negerimu, jangan kamu tindas dia. Sebaliknya, hendaklah kamu menganggap pendatang yang tinggal dalam kalangan kamu itu sebagai warga asal sepertimu. Kasihilah dia seperti dirimu sendiri, kerana kamu pun dahulu pendatang di Tanah Mesir. Akulah TUHAN, Allahmu. Jangan berlaku curang dalam hal ukuran, dalam hal timbangan, dan dalam hal sukatan. Gunakanlah neraca yang betul, batu timbangan yang betul, efa yang betul, dan hin yang betul. Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir. Berpegang teguhlah pada segala ketetapan-Ku dan segala peraturan-Ku, dan lakukanlah semua itu. Akulah TUHAN.’ ”
Kongsi
Baca Imamat 19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video