Maka setelah seluruh umat Israel selesai menyeberangi Sungai Yordan, berfirmanlah TUHAN kepada Yosua, “Pilihlah dua belas orang daripada umat, seorang daripada setiap suku. Perintahkanlah mereka demikian, ‘Angkatlah dua belas biji batu dari sini, dari tengah-tengah Sungai Yordan ini, tempat para imam itu berdiri teguh. Bawalah semua batu itu menyeberang bersama-samamu, dan letakkanlah di tempat kamu bermalam pada malam ini.’ ” Maka Yosua memanggil dua belas orang yang telah disiapkannya daripada kalangan orang Israel, seorang daripada setiap suku. Kata Yosua kepada mereka, “Menyeberanglah di depan tabut TUHAN, Allahmu, ke tengah-tengah Sungai Yordan. Pikullah sebiji batu di atas bahu masing-masing menurut jumlah suku orang Israel supaya batu-batu itu menjadi tanda antaramu. Apabila anak-anakmu bertanya pada kemudian hari, ‘Apakah erti batu-batu itu bagi kamu?’ maka katakanlah kepada mereka bahawa air Sungai Yordan terputus di depan tabut perjanjian TUHAN. Ketika tabut itu menyeberangi Sungai Yordan, air Sungai Yordan terputus. Batu-batu itu akan menjadi tanda peringatan bagi orang Israel untuk selama-lamanya.” Orang Israel melakukan apa yang diperintahkan Yosua. Mereka mengangkat dua belas biji batu dari tengah-tengah Sungai Yordan menurut jumlah suku orang Israel, seperti yang difirmankan TUHAN kepada Yosua. Mereka membawa semuanya menyeberang ke tempat mereka bermalam, lalu mereka meletakkannya di sana.
Baca Yosua 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yosua 4:1-8
5 Days
It's our natural tendency to look to the future, but we should never forget the past. This plan is designed for you over a 5-day period to remember all that God has done in shaping you into the person you are today. Each day, you will get a Bible reading and a brief devotional designed the help you remember the key events of your walk with Christ. For more content, check out finds.life.church
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video