Yesus telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat. Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, “Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.” Sebilangan orang Farisi itu berkata, “Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar peraturan hari Sabat.” Tetapi ada pula yang berkata, “Kalau Dia orang berdosa, bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?” Dengan demikian timbullah perselisihan pendapat dalam kalangan mereka. Orang Farisi bertanya lagi kepada orang yang dahulunya buta itu, “Kamu berkata Dia menyembuhkan matamu. Bagaimana pendapatmu tentang Dia?” Orang itu menjawab, “Dia seorang nabi.” Orang Yahudi enggan percaya bahawa orang itu dahulu buta matanya. Oleh itu, mereka memanggil ibu bapanya. Mereka bertanya, “Benarkah dia anak kamu yang buta sejak lahir? Bagaimana pula dia boleh celik?” Ibu bapa orang itu menjawab, “Ya, benar dia anak kami yang buta sejak lahir. Tetapi kami tidak tahu bagaimana dia dapat melihat sekarang dan siapa yang menyembuhkan matanya. Dia sudah dewasa, tanyalah dia. Dia dapat menjawab sendiri.” Ibu bapa orang itu berkata demikian kerana takut akan orang Yahudi itu yang telah bersetuju bahawa sesiapa yang mengakui Yesus itu Kristus akan disingkirkan daripada saumaah. Maka oleh itulah ibu bapanya berkata, “Dia sudah dewasa, tanyalah dia.” Mereka pun memanggil orang itu lagi dan berkata, “Akuilah kemuliaan Allah! Kamu tahu Dia itu orang berdosa.” Dia menjawab, “Sama ada Dia orang berdosa atau tidak, aku tidak tahu. Yang kutahu, dahulu aku buta, sekarang aku dapat melihat.”
Baca Yohanes 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 9:14-25
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video