Yeremia 3:13-14
Yeremia 3:13-14 AVB
Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’ ” demikianlah firman TUHAN. “Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Akulah tuanmu. Aku akan mengambil kamu, seorang dari sebuah kota dan dua orang daripada suatu kaum, lalu Aku akan membawa kamu ke Sion.

