Yeremia 29:4-14

Yeremia 29:4-14 AVB

“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, kepada semua orang buangan yang Kubuang dari Yerusalem ke Babel, ‘Binalah rumah dan hunilah. Tanamlah kebun dan makanlah hasilnya. Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan. Lamarlah isteri bagi anak-anak lelakimu dan carilah suami bagi anak-anak perempuanmu, supaya mereka memiliki anak lelaki serta perempuan. Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang. Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.’ Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Jangan tertipu oleh para nabi yang ada di tengah-tengahmu dan oleh penenungmu. Jangan dengarkan mimpi-mimpi yang dimimpikan mereka. Mereka menyampaikan nubuat dusta kepadamu atas nama-Ku. Aku tidak mengutus mereka,’ demikianlah firman TUHAN. Beginilah firman TUHAN, ‘Apabila telah genap tujuh puluh tahun bagi Babel, barulah Aku melawat kamu. Aku akan menepati janji-Ku yang baik itu kepadamu dengan mengembalikan kamu ke tempat ini. Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan. Kamu akan berseru kepada-Ku, datang dan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mendengar kamu. Kamu akan mencari hadirat-Ku dan menemukan Aku apabila kamu mencari Aku dengan segenap hatimu. Aku akan kamu temui,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku akan memulihkan keadaanmu. Aku akan mengumpulkan kamu daripada segala bangsa dan dari segala tempat Aku menghalau kamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan Aku akan mengembalikan kamu ke tempat sebelum Aku membuang kamu.’

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Yeremia 29:4-14

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami