“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Aku telah mematahkan kuk raja Babel. Dalam dua tahun ini Aku akan mengembalikan ke tempat ini segala alat kelengkapan Bait TUHAN yang telah diambil dari tempat ini oleh Nebukadnezar, raja Babel, dan yang dibawanya ke Babel. Aku juga akan mengembalikan ke tempat ini Yekhonya anak Yoyakim, raja Yehuda, dengan semua orang buangan dari Yehuda yang dibawa ke Babel,’ demikianlah firman TUHAN, ‘kerana Aku akan mematahkan kuk raja Babel.’ ”
Baca Yeremia 28
Kongsi
Kemudian Nabi Hananya mengambil kuk dari tengkuk Nabi Yeremia lalu mematahkannya. Di depan mata seluruh rakyat Hananya berkata demikian, “Beginilah firman TUHAN, ‘Begitulah akan Kupatahkan kuk Nebukadnezar, raja Babel, dari tengkuk segala bangsa dalam dua tahun ini.’ ” Nabi Yeremia pun pergi meneruskan perjalanannya. Lalu datanglah firman TUHAN kepada Yeremia setelah Nabi Hananya mematahkan kuk daripada tengkuk Nabi Yeremia, “Pergilah dan katakanlah kepada Hananya, ‘Beginilah firman TUHAN, “Engkau telah mematahkan kuk daripada kayu, tetapi engkau akan membuat kuk daripada besi sebagai gantinya.” Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, “Aku telah memasang kuk daripada besi pada tengkuk segala bangsa ini, supaya mereka takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel. Mereka akan takluk kepadanya. Bahkan binatang liar pun telah Kuserahkan kepadanya.” ’ ” Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta. Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan mengusir engkau dari muka bumi. Pada tahun ini juga engkau akan mati, kerana engkau mengajarkan pembelotan terhadap TUHAN.’ ”
Bandingkan Semua Versi: Yeremia 28:2-4, 10-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video