Bani Gilead menawan dan menduduki tempat-tempat penyeberangan Sungai Yordan. Maka apabila ada antara orang daripada suku Efraim yang melarikan diri dan berkata, “Biarkanlah aku menyeberang,” maka orang Gilead berkata kepadanya, “Orang Efraimkah engkau?” Maka orang itu menjawab, “Bukan,” lalu mereka berkata kepadanya, “Cuba sebut dahulu, ‘Syibolet.’ ” Jika dia berkata, “Sibolet,” iaitu tidak mampu mengucapkannya dengan tepat, maka mereka menangkap dia dan membunuhnya dekat tempat-tempat penyeberangan Sungai Yordan itu. Maka tewaslah empat puluh dua ribu orang daripada suku Efraim.
Baca Hakim-Hakim 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Hakim-Hakim 12:5-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video