Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun. Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu.
Baca Yakobus 1
Kongsi
Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, “Godaan ini datang daripada Allah.” Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terperdaya. Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya. Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.
Bandingkan Semua Versi: Yakobus 1:2-8, 12-18
3 hari
Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok. Kamu akan belajar kenapa Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan dan penderitaan dalam hidup kita. Ini akan mengambil masa selama sepuluh minit setiap hari dalam tempoh tiga hari sahaja semasa waktu peribadi kamu bersama Tuhan dan Firman-Nya. Mari sertai rancangan ini untuk mengetahui rancangan-rancangn lain yang tersembunyi di sebalik kesakitan yang dialami.
5 Days
In all the holiday hustle and bustle, it can be easy to lose sight of why we’re celebrating. In this 5-day advent plan, we’ll dive into the promises fulfilled by the birth of Jesus and the hope we have for the future. As we learn more about who God is, we’ll discover how to live through the holiday season with hope, faith, joy, and peace.
7 Days
Christmas is supposed to be a season of joy –– but what exactly is joy and how do you choose it when the world is filled with hurt and hardship? Discover what “joy to the world” really means by immersing yourself in the Christmas story with this special, 7-day Christmas Plan.
What do we do when our dreams seem out of reach or even shattered? Having overcome abuse and trauma, as well as the heartbreak of a divorce, I have been faced with this question again and again. Whether you’re experiencing the devastation of tragedy or loss, or the frustration of a long season of waiting, the God-dream for your life is still alive! Friend, it’s time to dream again.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video