Koyakkanlah kiranya langit lalu turun, sehingga gunung-gunung luluh di hadapan-Mu — seperti api menyalakan semak-semak dan seperti api mendidihkan air. Buatlah nama-Mu dikenal oleh lawan-lawan-Mu, sehingga bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu. Apabila Engkau melakukan hal-hal yang hebat, yang tidak kami sangka-sangka, Engkau turun, dan gunung-gunung luluh di hadapan-Mu. Sejak dahulukala belum pernah orang mendengar, belum pernah telinga menanggapi, belum pernah mata melihat satu Allah selain Engkau, yang bertindak bagi orang yang menanti-nantikan Dia. Engkau datang menolong orang yang suka melakukan yang benar, iaitu orang yang mengingati Engkau di jalan-jalan-Mu. Sesungguhnya, Engkau murka kerana kami berbuat dosa. Kami sudah lama sekali melakukannya, masakan kami dapat diselamatkan? Kami semua seperti orang bernajis, dan segala kebenaran kami seperti kain yang tercemar. Kami semua layu seperti daun, dan kesalahan-kesalahan kami menerbangkan kami seperti angin. Tidak ada yang menyeru nama-Mu, yang bangkit untuk berpaut pada-Mu, kerana Engkau menyembunyikan hadirat-Mu daripada kami, dan menyerakkan kami kerana kesalahan-kesalahan kami. Tetapi sekarang, ya TUHAN, Engkaulah Bapa bagi kami. Kamilah tanah liat dan Engkaulah tukang tembikar. Kami semua memang hasil buatan tangan-Mu.
Baca Yesaya 64
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 64:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video