Demi Sion Aku tidak akan berdiam diri dan demi Yerusalem Aku tidak akan tenang-tenang sahaja, sehingga perbenarannya terbit seperti cahaya dan penyelamatannya seperti obor yang menyala. Bangsa-bangsa akan melihat perbenaranmu, dan semua raja akan melihat kemuliaanmu. Engkau akan disebut dengan nama baru yang ditentukan TUHAN sendiri. Engkau akan menjadi mahkota kemuliaan di tangan TUHAN, serban kerajaan di tangan Allahmu. Engkau tidak akan disebut lagi “Yang ditinggalkan,” dan negerimu tidak akan disebut lagi “Yang sunyi sepi,” tetapi engkau akan disebut “Yang Kuperkenan,” dan negerimu akan disebut “Yang Bersuami,” kerana TUHAN berkenan kepadamu dan negerimu akan bersuami. Seperti seorang pemuda mengahwini seorang perawan, demikianlah rakyatmu akan menjadi suamimu. Seperti pengantin lelaki bergirang melihat pengantin perempuan, demikianlah Allahmu akan bergirang melihat engkau.
Kongsi
Baca Yesaya 62
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video