Yesaya 52:14-15
Yesaya 52:14-15 AVB
Sebagaimana ramai orang tercengang melihat dia — begitu rosak rupanya sehingga tidak seperti manusia lagi dan susuknya tidak seperti anak manusia lagi — demikianlah dia akan mengejutkan banyak bangsa. Raja-raja akan menutup mulut melihat dia, kerana mereka akan melihat apa yang belum pernah diceritakan kepada mereka dan memahami apa yang belum pernah didengar mereka.


