Bersorak-sorailah, wahai langit! Bergembiralah, wahai bumi! Bergembiralah dengan sorak-sorai, wahai gunung-gunung! Kerana TUHAN telah menghiburkan umat-Nya dan Dia akan menyayangi orang-Nya yang tertindas. Tetapi Sion berkata, “TUHAN telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku.” “Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, dia mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan melupakan engkau! Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku, tembok-tembok kotamu sentiasa ada di hadapan-Ku.
Baca Yesaya 49
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 49:13-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video