Yesaya 2
2
Kerajaan damai
1Firman yang dinyatakan kepada Yesaya anak Amos tentang Yehuda dan Yerusalem.
2Pada hari-hari terakhir, gunung tempat Bait TUHAN
akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung
dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit.
Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.
3Banyak suku akan datang dan berkata,
“Mari kita naik ke gunung TUHAN,
ke Rumah Allah Yakub.
Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita,
sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya.”
Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion,
dan firman TUHAN dari Yerusalem.
4 # Yl 3:10; Mi 4:3. Dia akan menjadi hakim antara bangsa-bangsa
dan akan memutuskan perkara bagi banyak suku bangsa.
Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak,
dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas.
Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa,
dan mereka tidak akan lagi belajar berperang.
5Wahai keturunan kaum Yakub,
mari kita berjalan dalam cahaya TUHAN.
Hukuman Allah terhadap mereka yang meninggikan diri
6Sungguh, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan kaum Yakub,
kerana mereka dipenuhi tahyul dari Timur.
Mereka menjadi peramal seperti orang Filistin, dan berjabat tangan dengan orang kafir.
7Negeri mereka penuh perak dan emas,
dan harta mereka tidak habis-habis.
Negeri mereka penuh dengan kuda,
rata mereka tidak habis-habis.
8Negeri mereka penuh berhala.
Mereka sujud menyembah hasil buatan tangan sendiri,
barang yang dibuat oleh jari-jari sendiri.
9Maka manusia hina ditundukkan dan orang mulia direndahkan –
Jangan mengampuni mereka!
10 # Why 6:15; 2Tes 1:9. Masuklah ke celah-celah batu pejal
dan bersembunyilah di bawah tanah
daripada kedahsyatan TUHAN
dan semarak keagungan-Nya!
11Manusia yang sombong akan direndahkan
dan orang yang angkuh akan ditundukkan.
Hanya TUHAN sahaja yang akan ditinggikan pada hari itu.
12Sungguh, TUHAN alam semesta,
menetapkan satu hari pembalasan
bagi semua orang yang sombong dan bongkak,
bagi semua orang yang meninggikan diri, supaya mereka direndahkan;
13bagi semua pokok araz di Lebanon yang tinggi dan menjulang;
bagi semua pokok oak di Basan;
14bagi semua gunung yang tinggi;
bagi semua bukit yang menjulang;
15bagi semua menara yang tinggi;
bagi semua tembok yang berkubu;
16bagi semua kapal Tarsis;
dan bagi semua kapal yang indah.
17Manusia yang sombong akan ditundukkan,
dan orang yang bongkak akan direndahkan.
Hanya TUHAN sahaja yang akan ditinggikan pada hari itu,
18sedangkan berhala-berhala akan hilang sama sekali.
19Orang akan masuk ke dalam gua-gua di batu pejal
dan ke dalam lubang-lubang di bawah tanah,
menghindari kemurkaan TUHAN
dan semarak keagungan-Nya
apabila Dia bangkit menggemparkan bumi.
20Pada hari itu manusia akan melemparkan berhala perak dan berhala emas yang dibuat mereka untuk disembah,
kepada tikus mondok dan kelawar.
21Orang akan masuk ke dalam rongga-rongga di batu pejal dan ke dalam celah-celah di bukit batu,
menghindari kedahsyatan TUHAN
dan semarak keagungan-Nya
apabila Dia bangkit menggemparkan bumi.
22Berhentilah meletakkan kehebatan kepada manusia,
sebab manusia sekadar hembusan nafas.
Apa sesungguhnya nilainya?
Terpilih Sekarang Ini:
Yesaya 2: AVB
Highlight
Salin
Bandingkan
Kongsi
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
YESAYA 2
2
Kedamaian yang Kekal
(Mi 4.1-3)
1Inilah perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang diberikan Allah kepada Yesaya anak Amos:
2Pada masa hadapan
bukit tempat Rumah TUHAN
akan menjadi bukit yang tertinggi
antara segala bukit yang lain.
Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana,
3dan mereka akan berkata,
“Marilah kita pergi ke bukit TUHAN,#bukit TUHAN: Bukit Sion, iaitu bukit berkubu untuk melindungi Yerusalem. Dalam puisi dan buku nabi-nabi, ‘Bukit TUHAN’ ialah nama lain untuk kota Yerusalem atau penduduknya yang diberkati atau dikutuk TUHAN.
ke rumah Allah Israel.
Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya;
dan kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya,
kerana ajaran TUHAN berasal dari Yerusalem;
dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”
4 #
Yl 3.10; Mi 4.3 Dia akan menghakimi bangsa-bangsa,
dan menyelesaikan perselisihan mereka.
Mereka akan menempa pedang menjadi bajak,
dan tombak menjadi pisau pemangkas.
Bangsa-bangsa tidak lagi berperang,
dan tidak lagi bersiap untuk menyerang.
5Hai keturunan Yakub,
marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!
Orang Sombong Akan Dibinasakan
6Ya Allah, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub! Negeri ini penuh dengan ilmu sihir dari timur dan dari negeri orang Filistin. Penduduk meniru adat istiadat orang bangsa asing. 7Negeri mereka penuh dengan perak dan emas; harta benda mereka tidak terhingga. Kuda mereka amat banyak dan kereta kuda mereka tidak terbilang. 8Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.
9Tiap-tiap orang akan dihinakan dan dipermalukan. Jangan ampuni mereka, ya TUHAN!
10 #
Why 6.15; 2 Tes 1.9 Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya! 11Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan. 12Pada hari itu TUHAN Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong. 13Dia akan memusnahkan pokok-pokok sedar yang tinggi di Lebanon, dan semua pokok besar di Basan. 14Dia akan meratakan gunung-gunung tinggi dan bukit-bukit, 15serta merobohkan tiap-tiap menara tinggi dan tembok kubu. 16Bahkan kapal-kapal yang terbesar dan terindah akan ditenggelamkan-Nya. 17-18Kesombongan manusia akan dilenyapkan, dan keangkuhan manusia akan dimusnahkan. Berhala-berhala akan lenyap sama sekali, dan TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan pada hari itu.
19Orang akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa dan kemuliaan-Nya apabila Dia datang untuk menggoncang bumi. 20Pada hari itu kelak, orang akan membuang berhala yang dibuat daripada perak dan emas, serta meninggalkan semuanya untuk tikus dan kelawar. 21Apabila TUHAN datang untuk menggoncang bumi, orang akan bersembunyi di dalam lubang dan di dalam gua di bukit-bukit batu untuk melarikan diri daripada kemurkaan-Nya, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya.
22Oleh itu jangan percaya kepada manusia fana kerana mereka tidak berharga.
Terpilih Sekarang Ini:
:
Highlight
Salin
Bandingkan
Kongsi
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.