Yesaya 17
17
Pernyataan ilahi tentang Damsyik dan Efraim
1 # Yer 49:23-27; Am 1:3-5; Za 9:1. Pernyataan ilahi tentang Damsyik.
“Sesungguhnya, Damsyik akan disingkirkan sehingga tidak lagi menjadi sebuah kota.
Dia akan menjadi timbunan puing.
2Kota-kota Aroer akan ditinggalkan
dan menjadi tempat kawanan ternakan yang berbaring tanpa ada yang mengusik.
3Kubu akan lenyap dari Efraim,
dan kerajaan dari Damsyik.
Saki-baki orang Aram akan senasib dengan kemuliaan orang Israel,”
demikianlah firman TUHAN alam semesta.
4“Pada waktu itu kemuliaan Yakub akan amat berkurang,
dan tubuhnya yang tegap akan menjadi kurus.
5Keadaannya akan sama seperti apabila penuai mengumpulkan gandum yang belum dipotong
dan memetik bulir-bulirnya dengan tangannya,
atau seperti apabila seseorang memungut bulir gandum di Lembah Refaim.
6Tetapi sisa-sisa akan ditinggalkan
untuk pemetikan susulan seperti pada waktu orang menjolok buah zaitun,
dua atau tiga buah tertinggal di hujung dahan teratas,
empat atau lima di dahan-dahannya yang penuh buah,”
demikianlah firman TUHAN, Allah Israel.
7Pada hari itu orang akan memandang Penciptanya,
dan matanya akan memperhatikan Yang Maha Suci, Allah Israel.
8Dia tidak akan memandang lagi mazbah-mazbah buatan tangan
dan tidak akan memperhatikan lagi barang yang dibuat jari-jarinya,
baik patung-patung Asyera
mahupun tugu-tugu mazbah dupa.
9Pada waktu itu kota-kota benteng mereka akan menjadi seperti tempat yang terbengkalai di hutan dan di puncak gunung yang ditinggalkan kerana orang Israel. Semua itu akan menjadi sunyi sepi.
10Engkau telah melupakan Allah yang menyelamatkan engkau,
dan tidak mengingat Batu Pejal yang menjadi Bentengmu.
Oleh sebab itu walaupun engkau menanam tanam-tanaman yang indah dan mencangkukkan cabang-cabang asing,
11walaupun engkau memagarinya pada hari engkau menanamnya,
dan paginya kaubuat benihmu berbunga,
hasil tuaian itu akan lenyap begitu sahaja pada hari kesakitan dan penderitaan yang sangat parah.
Pernyataan ilahi tentang Asyur
12Wahai, ramainya umat banyak bangsa!
Deru gemuruh mereka seperti deruan ombak laut.
Wahai, riuhnya suku-suku bangsa!
Mereka menderu seperti deruan air berombak besar.
13Suku-suku bangsa menderu seperti deru limpahan air,
tetapi TUHAN mengherdik mereka sehingga mereka lari jauh-jauh.
Mereka diburu seperti sekam yang diterbangkan angin di gunung-gunung,
seperti debu yang diterbangkan angin puting beliung.
14Pada waktu senja, lihat, ada kengerian!
Sebelum pagi hari, mereka sudah tiada!
Itulah bahagian bagi orang yang menjarah kita
dan takdir yang ditentukan bagi kalangan yang menjarah kita.
Terpilih Sekarang Ini:
Yesaya 17: AVB
Highlight
Salin
Bandingkan
Kongsi
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
YESAYA 17
17
Allah Akan Menghukum Siria dan Israel
1TUHAN berfirman, “Damsyik tidak lagi merupakan sebuah kota, tetapi hanya setimbunan runtuhan. 2Kota-kota di negeri Siria akan ditinggalkan selama-lamanya.#Sebuah terjemahan kuno:Kota-kota...selama-lamanya; Naskhah Ibrani:Kota-kota Aroer sudah ditinggalkan. Lembu dan domba akan berkeliaran di sana dan tidak dihalau oleh sesiapa pun. 3#Yer 49.23-27; Am 1.3-5; Za 9.1 Israel akan kehilangan perlindungan, dan Damsyik akan kehilangan kemerdekaan. Orang Siria yang terselamat akan hidup dalam kehinaan seperti orang Israel. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
4TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila kebesaran Israel akan berakhir, dan kekayaannya akan lenyap. 5Israel akan menjadi seperti ladang yang hasilnya sudah dituai, dan terbiar seperti ladang di Lembah Refaim selepas hasilnya habis dipungut. 6Hanya sedikit orang yang akan terselamat. Ketika itu Israel akan menjadi seperti pokok zaitun yang buahnya habis dipetik, dan tinggal beberapa biji sahaja pada bahagian atas sekali atau pada dahan yang rendah. Aku, TUHAN, Allah Israel, telah berfirman.”
7Apabila hari itu tiba kelak, orang akan kembali minta tolong kepada Pencipta mereka, Allah Israel, Allah yang suci. 8Mereka tidak lagi bergantung kepada mazbah-mazbah buatan mereka sendiri, ataupun berharap kepada karya tangan mereka sendiri, iaitu patung-patung Dewi Asyera dan mazbah-mazbah untuk membakar kemenyan.
9Apabila hari itu tiba kelak, kota-kota yang kuat pertahanannya akan menjadi runtuhan dan lengang seperti kota-kota yang ditinggalkan orang Hewi dan orang Amori#Sebuah terjemahan kuno:orang Hewi dan orang Amori; Naskhah Ibrani:tanah berhutan dan negeri berbukit. ketika mereka lari daripada orang Israel.
10Hai Israel, engkau telah melupakan Allah yang menyelamatkan engkau, dan yang melindungi engkau seperti gunung batu. Sebaliknya engkau telah menanami kebun-kebun indah untuk dewa-dewa.#kebun-kebun indah untuk dewa-dewa: Lihat 1.29. 11Walaupun tanaman itu bertunas dan berbunga pada pagi engkau menanamnya, namun tidak akan ada hasil apa-apa; yang ada hanya kesusahan dan kesakitan yang tidak dapat disembuhkan.
Negara-Negara Musuh Dikalahkan
12Bangsa-bangsa yang kuat menjadi riuh, dan gemuruhnya seperti gelora ombak laut yang kuat. 13Bangsa-bangsa mara seperti ombak besar, tetapi Allah mengherdik mereka, lalu mereka undur. Mereka diusir seperti sekam di lereng bukit yang diterbangkan angin, dan seperti debu yang ditiup puting beliung. 14Pada petang hari mereka mengganas, tetapi pagi esoknya mereka lenyap. Itulah yang ditentukan bagi setiap orang yang menjarah negeri kita.
Terpilih Sekarang Ini:
:
Highlight
Salin
Bandingkan
Kongsi
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.