Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dan segala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ramai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Dia menjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurna melalui penderitaan. Dia yang menyucikan dan mereka yang disucikan adalah satu asalnya. Oleh itu, Dia tidak malu memanggil mereka saudara-saudara. Dia berkata: “Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudara-Ku; Di tengah-tengah perhimpunan Aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.” Dan juga: “Aku akan meletakkan kepercayaan-Ku kepada-Nya.” Seterusnya: “Lihatlah, ini Aku dan anak-anak yang telah diberikan Allah kepada-Ku.” Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manusia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian, dan membebaskan mereka yang tertakluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takut mati. Dia tidak memberi pertolongan kepada para malaikat, tetapi Dia memberi pertolongan kepada keturunan Abraham. Dengan demikian, dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untuk menebus dosa umat manusia. Oleh sebab Dia sendiri telah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapat menolong orang yang menghadapi godaan.
Baca Ibrani 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 2:10-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video