Habakuk 3:11-19

Habakuk 3:11-19 AVB

Matahari dan bulan terpaku di langit oleh kilau kederasan anak-anak panah-Mu, kerana kilat cahaya daripada tombak-Mu. Dalam murka Engkau melintasi bumi, dalam amarah Engkau menghenyak bangsa-bangsa itu. Engkau maju untuk menyelamatkan umat-Mu, untuk menyelamatkan orang yang Kaulantik. Engkau meremukkan bumbung rumah orang fasiq dan membongkar dasarnya sampai bahagian teratasnya. Sela Engkau menikam ketua pasukannya dengan tombaknya sendiri. Mereka datang seperti badai untuk mencerai-beraikan kami, yang bergembira seolah-olah hendak melahap orang yang tertindas secara tersembunyi. Dengan kuda-kuda-Mu Engkau menginjak laut, maka membuihlah limpahan air itu. Ketika aku mendengarnya, gementarlah jiwa ragaku, bergetar bibirku mendengar bunyinya. Kereputan menulari seluruh anggotaku tewas kakiku lalu kurebah di tempatku. Namun dengan tenang akan kunantikan hari kesesakan, yang akan mendatangi bangsa yang bergerombol menyerang kami. Sekalipun pokok ara tidak berbunga dan pokok anggur tidak berbuah, biarpun hasil pokok zaitun mengecewakan dan ladang tidak menghasilkan bahan makanan, sekalipun domba ghaib daripada kurungannya dan tidak ada lembu di dalam kandang, aku akan bersuka ria kerana TUHAN dan bergembira kerana Allah yang menyelamatkan aku. ALLAH Tuhan kekuatanku. Dia membuat kakiku melangkah seperti kaki rusa, dan melancarkan jejakku di tempat-tempatku yang tinggi. (Untuk pemimpin biduan dengan alat muzik bertali).

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami