Kejadian 3:16-19

Kejadian 3:16-19 AVB

Firman-Nya kepada perempuan itu, “Aku akan melipatgandakan kesakitan dan kesusahanmu semasa engkau melahirkan anak. Namun begitu, kamu tetap akan mengingini suamimu, dan dia akan berkuasa ke atasmu.” Firman-Nya kepada Adam, “Kerana engkau menurut kata isterimu lalu memakan buah daripada pokok yang telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Jangan engkau makan buahnya,’ maka terkutuklah tanah kerana kau. Engkau akan bersusah payah mengerjakan tanah dan memakan hasilnya, seumur hidupmu. Tanah akan menumbuhkan duri dan onak untukmu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu. Hasil keringatmu itulah engkau kelak mendapatkan rezekimu sehingga kembalinya engkau menjadi tanah, kerana dari tanahlah engkau diambil. Oleh sebab asalmu debu, maka engkau kelak kembali menjadi debu.”

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Kejadian 3:16-19