Ketika Abram berusia 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa, hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku. Aku akan mengesahkan perjanjian antara Aku dengan kamu, dan Aku akan menjadikan keturunanmu sebegitu ramai.” Maka sujudlah Abram. Lalu Allah berfirman kepadanya, “Daripada pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa. Namamu bukan Abram lagi, kini namamu Abraham, kerana Aku akan menjadikan kamu bapa kepada beberapa banyak bangsa. Aku akan membuat kamu beranak cucu sangat banyak. Melalui kamu Aku akan menjadikan bangsa-bangsa, bahkan raja-raja akan muncul daripada keturunanmu. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun-temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu. Kepadamu dan kepada keturunanmu kelak akan Kuberikan negeri yang kini kamu tinggal sebagai pendatang, iaitu seluruh Tanah Kanaan yang akan menjadi milikmu yang kekal. Aku pun akan menjadi Allah mereka.” Firman Allah pula kepada Abraham, “Bagi pihakmu, kamu dan juga keturunanmu kelak turun-temurun mesti berpegang teguh pada perjanjian-Ku.
Baca Kejadian 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 17:1-9
21 Days
What is God like? It’s a big question but an important one. What we understand about God will determine how we relate to Him. The more we know about God, the better our relationship will be. God reveals who He is throughout the Bible. Every name for God tells us something about Him. Reflect on God’s character for the next 21 days and see how your love for Him grows.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video