Kejadian 11:27-30
Kejadian 11:27-30 AVB
Inilah keturunan Terah. Terah dikurniai anak, iaitu Abram, Nahor, dan Haran. Seterusnya Haran dikurniai anak iaitu Lut. Haran meninggal lebih dahulu daripada Terah, ayahnya, di tanah kelahirannya, Ur-Kasdim. Kemudian Abram dan Nahor meminang isteri. Nama isteri Abram ialah Sarai, dan nama isteri Nahor ialah Milka, anak Haran. Haran ialah ayah Milka dan Yiska. Akan tetapi, Sarai mandul dan tidak mempunyai anak.


