Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian, “Wahai anak manusia, bernubuatlah menentang para gembala Israel. Bernubuatlah dan katakan kepada mereka, kepada para gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Malangnya para gembala Israel yang hanya mengurus diri sendiri! Bukankah gembala seharusnya mengurus dombanya?
Baca Yehezkiel 34
Kongsi
Oleh sebab itu, wahai para gembala, dengarlah firman TUHAN: Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sesungguhnya kerana domba-Ku menjadi mangsa dan makanan segala binatang liar akibat tidak ada yang menggembala, dan kerana para gembala-Ku tidak memperhatikan domba-Ku, melainkan hanya mengurus diri sendiri sedangkan domba-Ku tidak diurus mereka, maka dengarlah firman TUHAN, wahai para gembala. Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan para gembala itu. Aku akan menuntut domba-Ku daripada tangan mereka dan memecat mereka daripada pekerjaan menggembala domba. Para gembala itu tidak boleh mengurus diri mereka sendiri lagi. Aku akan melepaskan domba-Ku daripada mulut mereka sehingga tidak menjadi makanan mereka lagi. Kerana beginilah firman Tuhan ALLAH: Sesungguhnya, Aku sendiri akan memperhatikan domba-Ku dan mencari mereka. Seperti seorang gembala mencari dombanya ketika domba itu tercerai daripada kawanannya, demikianlah Aku akan mencari domba-Ku dan menyelamatkan mereka dari semua tempat mereka tercerai-berai pada hari yang berawan dan kelam pekat.
Bandingkan Semua Versi: Yehezkiel 34:1-2, 7-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video